PENGUMUMAM TERKINI

MAKLUMAN TERKINI...PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 DIBUKA

Friday, March 3, 2017

Malam Bersamamu Aleppo 2017

Malam Bersamamu Aleppo ini telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 25 Januari 2017 yang lalu. Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan    seperti deklamasi sajak oleh Pelajar Maahad al Islah Saudara Azim yang berasal daripada Nilai Negeri Sembilan. Tidak ketinggalan membuat persembahan ialah Otai Pak Idris yang merupakan Naib Juara Kilauan Emas 2013.Beliau telah menyampaikan 2 buah lagu dengan penuh perasaan.

 Majlis bertambah semangat dengan persembahan daripada Kumpulan Fetya & Rabitah yang dijemput khas. Akhir majlis telah diadakan penyampaian sumbangan oleh Pengetua Maahad Al Islah kepada wakil Aman Palestin Perak .Jumlah yang telah disampaikan ialah sebanyak RM7500 .

  Semoga amal yang diusahakan oleh pihak Maahad al Islah ini dapat memberi impak yang besar kepada semua hadirin yg hadir & umumnya kepada masyarakat Islam seluruhnya.








Monday, January 30, 2017

Program Bantuan Persekolahan 2017

Sekali lagi Maahad al Islah telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah dalam program Bantuan Persekolahan 2017 yang dikendalikan oleh Yayasan Ikhlas bersama beberapa ngo lain.

Maahad al Islah adalah lokasi terakhir setelah beberapa buah  negeri turut mengadakan program yang sama sebelum ini iaitu Kedah, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak .Tuan Pengetua Maahad al Islah Ustaz Tuan Haji Agus Lokman bin Sulam mengucapkan terimakasih atas kepercayaan yang diberi dan merasa terharu kerana  program yang diadakan ini adalah di peringkat Negeri Perak dan menyatakan komitmen untuk sentiasa bekerjasama dalam melaksnakan program yang sangat bermakna ini.

Program ini telah diadakan pada 22 Januari 2017 di Arena Iman Maahad al Islah,  Teluk Intan dan telah dirasmikan oleh YB Dato Drs Mohd Nizar Bin Zakaria. Exco Kerajaan Negeri Perak.Serama 125 pelajar sekitar Teluk Intan & Ipoh telah menerima sumbangan wang tunai, beg sekolah, peralatan tulis & terjemahan al Quran. NGO yang turut serta menjayakan ialah Ikatan Guru Muslim(iGuru), Pertubuhan Pendokong Sek Agama Rakyat Perak( PPSR), Affin Bank,  Yayasan An Nur Krangkraf, Masjid Al Mansor Sg Lampam, Anjung Budi IPG Ipoh & Maahad al Islah sendiri sebagai tuan rumah.






BENGKEL ROBOTIK

Alhamdulillah Bengkel Robotic berjaya diadakan kepada semua pelajar Maahad al Islah pada 17& 18 Januari lalu. Bengkel ini telah dibimbing sepenuhnya oleh Akademi Teknologi DS.

Pembimbing tersebut ialah Cikgu Ghazali & Cikgu Yasin yang bersungguh-sungguh mengajar teknik asas cara pembuatan Robot. Keseluruhan pelajar maahad al Islah sangat bertuah & bersemangat untuk menruskan kemahiran dalam bidang ini.

Bagi pihak Maahad al Islah sememangnya ingin menjadikan pelajarnya mampu menguasai teknologi robotik ini dengan lebih tinggi lagi. Di samping asas agama yang kukuh, kemahiran seperti ini juga harus disepadukan.

InsyaAllah kelas seterusnya akan berjalan secara serius pada 7 & 8 Feb .








Tuesday, January 17, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIQAH AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)SESI 2017

9 Januari 2017 yang lepas berlangsung satu Majlis Penyampaian Watiqah MPP kepada 15 orang pelajar yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2017.Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Pengetua Maahad al Islah Tuan Haji Agus Lokman b Sulam. Majlis turut dihadiri bersama oleh semua guru-guru dan pelajar Maahad al Islah.

Majlis juga mengumumkan beberapa perlantikan :

Ketua Umum : Muhammad Muizzudin b. Abdul Malik
Pen Ketua Umum 1 : Muhammad Faiq b. Zainal Abidin
Pen Ketua Umum 2 :  Laila Izzeti b. Mohd Rizal
Ketua Aspura: Muhammad Ikhwan b. Mohd Rafie
Ketua Aspuri: Siti Norroslina bt Noh

Semoga Allah memberi kekuatan kepada anak didik yg terpilih untuk memegang amanah ini.




Tuesday, January 10, 2017

Kemasukan Pelajar Baharu 2017

Majlis Pendaftran Pelajar Baru Maahad al Islah bagi sesi 2017 telah berjalan seperti dijadualkan pada 1 Januari 2017 yang lalu. Pendaftaran dibuka seawal jam 9.00 pagi yang diselia oleh guru & pelajar senior.
Berbagai ragam pelajar baru dapat dilihat sepanjang majlis pendaftaran. Walaupun bilangan pelajar yang mendaftar tahun ini agak berkurangan namun kemeriahan tetap terpancar disebabkan kehadiran ibubapa dan keluarga yang mengiringi agak ramai. Sajian Nasi Lemak Special yang dihidangkan kepada tetamu juga habis. Pada majlis tersebut juga diadakan Taklimat Ringkas berkaitaan tentang Sejarah Maahd al Islah, Perjalanan Sesi persekolahan & disiplin asrama. Taklimat ini sampaikan sendiri oleh Tuan Pengetua Maahad al Islah Tuan Haji Agus Lokman Sulam. Sebarang pertanyaan juga dibuka kepada ibubapa dan pelajar baru. Lebih rasa terharu YB Dato Dr Nizar Zakaria Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ng Perak turut mendaftarkan anaknya do Maahad al Islah. Akhirnya.. Kami semua warga maahad al islah mengucapakan Selamat Datang kepada pelajar baru sesi 2017. Terimakasih at as sokongan yang berterusan kepada kami dalam memperjuangkan Institusi seperti Sekolah Menengah Agama Rakyat.





PROGRAM SELEPAS PT3


Bermula dari 13 Oktober 2016 sehingga 28 Oktober 2016 telah berlangsung beberapa program bagi pelajar tingkatan 3 yang baru selesai menduduki peperiksaan pentaksiran tingkatan 3 2016.

Pihak penyelaras program telah berjaya melaksanakan beberapa program yang berkonsepkan islamik santai disamping memberi pengisian ilmu yang dapat mendidik para pelajar menjadi seorang yang berketerampilan dan bertanggungjawab.

Program- program yang telah dilaksanakan:
1) Zikir Munajat.
2) Latihan dalam kumpulan
3) Gotong Royong
4) Sukaneka
5) Kursus Haji dan Umrah & Praktikal
6) Kursus Pengurusan jenazah
7) Lawatan ke Industri Kecil Bumiputera Kilang Coklat  di Tapah Road
8) Rehlah ke Cameron Highlands
9) Kempen Cegah Kebakaran bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat
10) Riadah
11) Ceramah Motivasi "Secebis Hati" oleh penderma hati Saudara Hariri Yusof Azzam





Thursday, November 24, 2016

Keratan Akhbar Sinar 23 Nov 2016


Demi ayah Pengetua SMAR Maahad Al-Islah sanggup korbankan cita-cita untuk jadi peguam

Oleh: MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Sumber: www.gpsbestari.com

Setiap hidup manusia itu diatur sebaik-baiknya oleh ALLAH dan kita sebagai umatnya hanya mampu merancang, namun ALLAH juga menentukannya.

Itulah yang dilalui Pengetua Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Maahad Al-Islah, Sungai Lampam, Ustaz Agus Lokman Sulam yang pada mulanya tidak menyangka akan menguruskan sebuah sekolah agama dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.

Agus Lokman yang dilahirkan di Sungai Lampam, Perak pada mulanya menanam cita-cita untuk menjadi seorang peguam selepas tamat pelajarannya di Universiti Al Azhar Mesir pada 1993.

Namun segalanya berubah apabila beliau membuat keputusan untuk menjadi pendidik di SMAR Maahad Al-Islah yang dibina Allahyarham bapanya, Sulam Mansor.

“Selepas tamat pelajaran di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh pada 1983, saya menyambung pelajaran di Kolej Islam Klang pada 1984 hingga 1985 dan seterusnya mengambil Sijil Tinggi Agama (ketika itu) di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh pada 1986 hingga 1987.

“Alhamdulillah saya berjaya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah di Universiti Al Azhar selama enam tahun dan kembali ke Malaysia selepas itu,” katanya.

Menurut Agus Lokman, pada mulanya beliau berhasrat menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Diploma Undang-Undang, namun hatinya terasa berat dengan keputusan berkenaan.

“Ketika saya di Mesir, arwah ayah sudah bina sebuah sekolah agama di kampung kami iaitu Sungai Lampam dan dari raut wajahnya, saya dapat membaca bahawa dia mengharap anaknya ini berbakti di sekolah berkenaan.

“Arwah ayah saya tidak pernah menghalang saya untuk mengejar cita-cita menjadi seorang peguam, namun apabila memandang raut wajahnya saya tahu bahawa ada satu harapan jauh di sudut hatinya supaya saya mengajar di sekolahnya,” katanya.

Menyedari perkara berkenaan Agus Lokman akhirnya mengambil keputusan mengajar di sekolah agama yang dibina oleh bapanya itu.


Tak kenal maka tak cinta

Benar kata pepatah, tak kenal maka tak cinta dan itulah yang dilalui Agus Lokman selepas memilih bidang perguruan sebagai kerjayanya, malah sejak itu pelbagai usaha dilakukannya bagi memartabatkan sekolah agama.

“Saya masih ingat ketika kerajaan umum penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semua sekolah diberi komputer riba, projektor dan skrin layar.

“Sekolah kami tidak menerima kemudahan berkenaan, tetapi saya dan arwah ayah mengumpul wang sehingga RM8,000 bagi membeli peralatan tersebut bagi memastikan pelajar Maahad Al-Islah tidak ketinggalan,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, beliau dapat membuktikan walaupun apa sahaja perubahan pendidikan yang berlaku sekolahnya tidak akan ketinggalan.

“Saya juga menggunakan pendekatan kurikulum tidak bertulis bagi membentuk pelajar cemerlang dalam subjek lain.

“Sejak itu, perasaan sayang kepada bidang pendidikan semakin bertambah malah berasa bersyukur diberi peluang bergelar pendidik,” katanya.


Ubah persepsi negatif terhadap sekolah agama

Persepsi masyarakat terhadap sekolah agama, pondok mahupun maahad merupakan antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh Agus Lokman sepanjang bergelar guru dan kini pengetua.

“Pelbagai persepsi yang wujud terhadap sekolah agama seperti Maahad Al-Islah ini, ada yang kata sekolah agama adalah sekolah anak-anak orang Pas, sekolah kelas kedua dan pelbagai lagi.

“Malah ada ibu bapa yang takut hantar anak ke sekolah atas sebab-sebab persepsi yang mereka dengar daripada orang ramai,” katanya.

Menyedari masalah ini, Agus Lokman mengambil pendekatan sendiri untuk mengubah pandangan masyarakat.

“Saya ambil kembali kaedah digunakan arwah ayah ketika menubuhkan Maahad Al-Islah ini iaitu tidak pinggirkan penduduk kampung dalam pendidikan agama.

“Saya mendekati semua lapisan penduduk di sekitar Sungai Lampam dengan mengadakan aktiviti sekolah bersama mereka, mengadakan kuliah dan pelbagai lagi,” katanya.

Terus berbakti kepada masyarakat

Agus Lokman terus menabur bakti sama ada kepada masyarakat mahupun sistem pendidikan agama.

Menurut Agus Lokman, beliau pernah terlibat sebagai panel penggubal soalan Bahasa Arab Penilaian Sekolah Menengah (PMR), Ketua Penggubal Soalan I’dadi-Thanawi, Ketua Pemeriksa Bersama Bahasa Arab Kebangsaan PMR.

"Alhamdulillah khidmat saya masih lagi diperlukan di mana saya juga Ketua Panel Peperiksaan Akhir Tahun Kafa Negeri Perak, Ketua Pentaksir Bahasa Arab PT3 Negeri Perak dan Jurulatih Utama Kebangsaan Bahasa Arab PT3.

“Saya juga menyertai badan bukan kerajaan antaranya Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru) dan Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat (PPSR) Negeri Perak," katanya.

Katanya, insya-Allah, beliau akan terus berjuang bagi memartabatkan pendidikan sekolah agama meskipun pelbagai cabaran dihadapi.

Profil
Nama: Agus Lokman Sulam
Lahir: 15 Januari 1968
Asal: Sungai Lampam, Perak
Kerja: Pengetua SMAR Maahad Al-Islah
Anak: Tiga orang




Sumber: http://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/personaliti/demi-ayah-pengetua-smar-maahad-al-islah-sanggup-korbankan-cita-cita-untuk-jadi-peguam-1.589873

Tuesday, October 18, 2016

Majlis Sumbangan Alat tulis Peperiksaan


Pada 5 oktober lepas telah berlangsung satu majlis ringkas penyampaian alatan tulis pentaksiran PT3 oleh YB Dato Zainol Padzi b Hj Paharuddin. Majlis ini merupakan tahun ke2 kunjungan YB ke sekolah2 sekitar DUN Sungai Manik. Seramai 51 Calon PT3 Maahad al Islah telah menerima sumbangan tersebut. 
YB telah menasihati calon pentaksiran PT3 agar terus menggunakan masa yang ade utk mengulangkaji pelajran. Di samping tidak melupakan memohon doa kpd Allah agar diberi kejayaan. Beliau juga berdoa agar smua calon PT3 Maahad al Islah diberi kejayaan yg cemerlang. Majlis in I juga dihadiri oleh Pengetua Maahad al Islah Tuan Haji Agus Lokman Sulam .Semoga anak2 didik Maahad al Islah terus cemerlang & mnjadi anak yg soleh.

INFAQ DARI KELUARGA BEKAS PELAJAR MAAHAD AL ISLAH


Sokongan kepada perjuangan Maahad al Islah di kalangan bekas pelajar sentiasa berterusan. Baru-baru ini keluarga Almarhum Hj Amer Husin & Almarhumah Hjh Noormah Shaharudin telah menyumbangkan infaq sebanyak RM 11,000 kepada pihak pengurusan Maahad al Islah. Sumbangan ini disampaikan oleh anak2 Almarhum iaitu Pn Zaidah Amid Husin kepada Tuan Pengetua Maahad al Islah. Turut hadir juga adik beradik beliau iaitu Puan Suhana Amir Husin & Puan Sakinah Amir Husin.2 orang anak almarhum juga adalah bekas pelajar Maahad al Islah yang berjaya dalam kerjaya sebagai peguam. Keluarga ini juga tinggal berjiran dengan Maahad al Islah. Satu majlis ringkas telah diadakan untuk penyampaian tersebut dan dibuat d rumah Almarhum Pengasas Maahad al Islah. Semoga  amalan ini menjadi contoh kepada bekas pelajar Maahad al Islah yg lain dalam mengenang bumi yang banyak berjasa khususnya dalam pendidikan  & pembangunan masyarakat.