PENGUMUMAM TERKINI

MAKLUMAN TERKINI...PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 DIBUKA

Thursday, November 24, 2016

Keratan Akhbar Sinar 23 Nov 2016


Demi ayah Pengetua SMAR Maahad Al-Islah sanggup korbankan cita-cita untuk jadi peguam

Oleh: MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Sumber: www.gpsbestari.com

Setiap hidup manusia itu diatur sebaik-baiknya oleh ALLAH dan kita sebagai umatnya hanya mampu merancang, namun ALLAH juga menentukannya.

Itulah yang dilalui Pengetua Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Maahad Al-Islah, Sungai Lampam, Ustaz Agus Lokman Sulam yang pada mulanya tidak menyangka akan menguruskan sebuah sekolah agama dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.

Agus Lokman yang dilahirkan di Sungai Lampam, Perak pada mulanya menanam cita-cita untuk menjadi seorang peguam selepas tamat pelajarannya di Universiti Al Azhar Mesir pada 1993.

Namun segalanya berubah apabila beliau membuat keputusan untuk menjadi pendidik di SMAR Maahad Al-Islah yang dibina Allahyarham bapanya, Sulam Mansor.

“Selepas tamat pelajaran di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh pada 1983, saya menyambung pelajaran di Kolej Islam Klang pada 1984 hingga 1985 dan seterusnya mengambil Sijil Tinggi Agama (ketika itu) di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh pada 1986 hingga 1987.

“Alhamdulillah saya berjaya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah di Universiti Al Azhar selama enam tahun dan kembali ke Malaysia selepas itu,” katanya.

Menurut Agus Lokman, pada mulanya beliau berhasrat menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Diploma Undang-Undang, namun hatinya terasa berat dengan keputusan berkenaan.

“Ketika saya di Mesir, arwah ayah sudah bina sebuah sekolah agama di kampung kami iaitu Sungai Lampam dan dari raut wajahnya, saya dapat membaca bahawa dia mengharap anaknya ini berbakti di sekolah berkenaan.

“Arwah ayah saya tidak pernah menghalang saya untuk mengejar cita-cita menjadi seorang peguam, namun apabila memandang raut wajahnya saya tahu bahawa ada satu harapan jauh di sudut hatinya supaya saya mengajar di sekolahnya,” katanya.

Menyedari perkara berkenaan Agus Lokman akhirnya mengambil keputusan mengajar di sekolah agama yang dibina oleh bapanya itu.


Tak kenal maka tak cinta

Benar kata pepatah, tak kenal maka tak cinta dan itulah yang dilalui Agus Lokman selepas memilih bidang perguruan sebagai kerjayanya, malah sejak itu pelbagai usaha dilakukannya bagi memartabatkan sekolah agama.

“Saya masih ingat ketika kerajaan umum penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semua sekolah diberi komputer riba, projektor dan skrin layar.

“Sekolah kami tidak menerima kemudahan berkenaan, tetapi saya dan arwah ayah mengumpul wang sehingga RM8,000 bagi membeli peralatan tersebut bagi memastikan pelajar Maahad Al-Islah tidak ketinggalan,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, beliau dapat membuktikan walaupun apa sahaja perubahan pendidikan yang berlaku sekolahnya tidak akan ketinggalan.

“Saya juga menggunakan pendekatan kurikulum tidak bertulis bagi membentuk pelajar cemerlang dalam subjek lain.

“Sejak itu, perasaan sayang kepada bidang pendidikan semakin bertambah malah berasa bersyukur diberi peluang bergelar pendidik,” katanya.


Ubah persepsi negatif terhadap sekolah agama

Persepsi masyarakat terhadap sekolah agama, pondok mahupun maahad merupakan antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh Agus Lokman sepanjang bergelar guru dan kini pengetua.

“Pelbagai persepsi yang wujud terhadap sekolah agama seperti Maahad Al-Islah ini, ada yang kata sekolah agama adalah sekolah anak-anak orang Pas, sekolah kelas kedua dan pelbagai lagi.

“Malah ada ibu bapa yang takut hantar anak ke sekolah atas sebab-sebab persepsi yang mereka dengar daripada orang ramai,” katanya.

Menyedari masalah ini, Agus Lokman mengambil pendekatan sendiri untuk mengubah pandangan masyarakat.

“Saya ambil kembali kaedah digunakan arwah ayah ketika menubuhkan Maahad Al-Islah ini iaitu tidak pinggirkan penduduk kampung dalam pendidikan agama.

“Saya mendekati semua lapisan penduduk di sekitar Sungai Lampam dengan mengadakan aktiviti sekolah bersama mereka, mengadakan kuliah dan pelbagai lagi,” katanya.

Terus berbakti kepada masyarakat

Agus Lokman terus menabur bakti sama ada kepada masyarakat mahupun sistem pendidikan agama.

Menurut Agus Lokman, beliau pernah terlibat sebagai panel penggubal soalan Bahasa Arab Penilaian Sekolah Menengah (PMR), Ketua Penggubal Soalan I’dadi-Thanawi, Ketua Pemeriksa Bersama Bahasa Arab Kebangsaan PMR.

"Alhamdulillah khidmat saya masih lagi diperlukan di mana saya juga Ketua Panel Peperiksaan Akhir Tahun Kafa Negeri Perak, Ketua Pentaksir Bahasa Arab PT3 Negeri Perak dan Jurulatih Utama Kebangsaan Bahasa Arab PT3.

“Saya juga menyertai badan bukan kerajaan antaranya Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru) dan Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat (PPSR) Negeri Perak," katanya.

Katanya, insya-Allah, beliau akan terus berjuang bagi memartabatkan pendidikan sekolah agama meskipun pelbagai cabaran dihadapi.

Profil
Nama: Agus Lokman Sulam
Lahir: 15 Januari 1968
Asal: Sungai Lampam, Perak
Kerja: Pengetua SMAR Maahad Al-Islah
Anak: Tiga orang




Sumber: http://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/personaliti/demi-ayah-pengetua-smar-maahad-al-islah-sanggup-korbankan-cita-cita-untuk-jadi-peguam-1.589873

Tuesday, October 18, 2016

Majlis Sumbangan Alat tulis Peperiksaan


Pada 5 oktober lepas telah berlangsung satu majlis ringkas penyampaian alatan tulis pentaksiran PT3 oleh YB Dato Zainol Padzi b Hj Paharuddin. Majlis ini merupakan tahun ke2 kunjungan YB ke sekolah2 sekitar DUN Sungai Manik. Seramai 51 Calon PT3 Maahad al Islah telah menerima sumbangan tersebut. 
YB telah menasihati calon pentaksiran PT3 agar terus menggunakan masa yang ade utk mengulangkaji pelajran. Di samping tidak melupakan memohon doa kpd Allah agar diberi kejayaan. Beliau juga berdoa agar smua calon PT3 Maahad al Islah diberi kejayaan yg cemerlang. Majlis in I juga dihadiri oleh Pengetua Maahad al Islah Tuan Haji Agus Lokman Sulam .Semoga anak2 didik Maahad al Islah terus cemerlang & mnjadi anak yg soleh.

INFAQ DARI KELUARGA BEKAS PELAJAR MAAHAD AL ISLAH


Sokongan kepada perjuangan Maahad al Islah di kalangan bekas pelajar sentiasa berterusan. Baru-baru ini keluarga Almarhum Hj Amer Husin & Almarhumah Hjh Noormah Shaharudin telah menyumbangkan infaq sebanyak RM 11,000 kepada pihak pengurusan Maahad al Islah. Sumbangan ini disampaikan oleh anak2 Almarhum iaitu Pn Zaidah Amid Husin kepada Tuan Pengetua Maahad al Islah. Turut hadir juga adik beradik beliau iaitu Puan Suhana Amir Husin & Puan Sakinah Amir Husin.2 orang anak almarhum juga adalah bekas pelajar Maahad al Islah yang berjaya dalam kerjaya sebagai peguam. Keluarga ini juga tinggal berjiran dengan Maahad al Islah. Satu majlis ringkas telah diadakan untuk penyampaian tersebut dan dibuat d rumah Almarhum Pengasas Maahad al Islah. Semoga  amalan ini menjadi contoh kepada bekas pelajar Maahad al Islah yg lain dalam mengenang bumi yang banyak berjasa khususnya dalam pendidikan  & pembangunan masyarakat.




Thursday, October 6, 2016

Pertemuan Mahabbah Koperasi Muslimin

Baru -baru ni satu Pertemuan mahabbah daripada Koperasi Muslimin telah sampai di Maahad al Islah. Ia diketuai oleh Ustaz Khairuddin b Ghazali daripada Ibupejabat Koperasi Muslimin di Kuala Lumpur. Turut hadir bersama iaitu Ustaz Mat idris serta beberapa kakitangan Koperasi Muslimin.

Ustaz Khairuddin Ghazsli telah menerangkan pengenalan Koperasi Muslimin & produk-produk yang ditawarkan kepada pencarum.Pengetua juga menyatakan betapa perlunya umat Islam menyokong & mnyertai koperasi ni. Tambahan pula visi yang sangat menarik iaitu mengelak daripada masyarakat terjebak dengan jual beli secara Riba.





Saturday, October 1, 2016

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT MOHON KEJAYAAN PT3 & SPM

Majlis Bacaan Yasin ini telah diadakan pada 28 september hari Rabu selepas Solat Maghrib. Us Haji Hasan bin Tengku Besar sebagai Pengerusi Jemaah Pengurusan Maahad al Islah telah mengetuai bacaan yasin. Selepas bacaan Yasin ucapan penuh bermakna telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Maahad al Islah Ustaz Agus Lokman B Sulam. Majlis disambung selepas itu dgn Solat Isya secara berjemaah kemudian disusuli Solat Hajat .Solat Hajat diimamkan sendiri oleh Tuan Pengetua. Semoga Allah member I kejayaan yg cemerlang kepada peljar2 maaahd al Islah. majlis ini juga dihadiri bersama Ajk Pibg Maahad al Islah & ibubapa calon PT3 & SPM 2016.




Monday, July 25, 2016

Jamuan Raya Maahad Al Islah 2016

Jamuan Aidilfitri Maahad al Islah 2016 telah berlangsung dengan meriahnya pada 10 Julai 2016 yang lalu di Dewan Arena Iman Maahad al Islah. Majlis ini dijayakanan bersama Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Maahad al Islah. Lebih 250 tetamu hadir memeriahkan suasana Yang terdiri daripada ibubapa pelajar,  masyarakat sekitar & keluarga kakitangan Maahad al Islah . Berbagai hidangan disajikan untuk santapan para hadirin. Kanak-kanak yg hadir juga telah menerima duit Raya Yang disampaikan sendiri oleh Pengetua Maahad al Islah Tuan Haji Agus Lokman b Sulam.








Tuesday, July 5, 2016

Imam Terawih Jemputan

Saudara Naqiuddin bin Tazul Rahim  pelajar tingkatan 5 Maahad Al Islah telah sempurna memimpin Solat Terawih 20 rakaat di Masjid Al Mansor Sg Lampam. Suaranya yg mirip bacaan Imam Mekah menyebabkan ahli jemaah dari qariah sekitar tidak rasa jemu untuk hadir Tarawikh bersama.

Sebagai tanda penghargaan, pihak Masjid telah menyerahkan saguhati sebanyak RM1000 Sebagai menghargai sumbangan yang telah ditunjukkan oleh Saudara Naqiuddin.


Majlis Khatam Quran


Peringkat Maahad Al Islah berlangsung dengan sempurna pada 30 Jun 2016 yang lalu. Majlis dianggap kemuncak program Tadarrus yang dilakukan setiap malam di bulan Ramadhan ini..Majlis ini juga bertambah meriah dengan pemberian duit Raya kepada setiap peljar2 Maahad.




Saturday, June 25, 2016

Program Ihya Ramadhan 1437H

Warga Maahad al Islah mengucapkan syukur dengan kedatangan Bulan Ramadhan al Mubarak.Beberapa Program telah disusun kepada pelajar Demi memastikan Ramadhan tidak disia-siakan. 
1) Iftar Jamaie 
Iftar berjemaah diadakan setiap Kali berbuka. Sebahagian pelajar putera Iftar bersama ahli Qariah sementara pelajar puteri Iftar d Dewan Makan. Alhamdlh sumbangan Iftar oleh msyarakt datang mncurah2  sehinggakan tergambar keriangan di wajah anak2 didik ini bila tiba waktu Iftar.

2) Solat Terawih berjemaah 
Pelajar putera menunaikan solat Terawih d masjid al mansor bersma ahli Qariah Sungai Lampam.Lebih membanggakan Imam Solat Terawih diimamkan oleh  pelajar Tingkatan 5 Maahad al Islah iaitu Saudara Naqiuddin. Beliau mempunyai bacaan Yang amat fasih & suara Yang merdu.Beliau mampu melaksanakan dengan baik wslaupun solat Terawih dilakukan dengan 20 rakaat.Sementara itu pelajar puteri solat Terawih d Surau az Zarqa'. 

3) Tadarrus al Quran 
Tadarus al Quran pula dilaksanakan setiap pagi pada awal sesi persekolahan & malam selepas solat Terawih.Tadarrus ini dipantau oleh warden Yang bertugas.Kemuncaknya pada 25 Jun 2016 akan diadakan Majlis Khatam al Quran peringkat Maahad al Islah.

4) Kuiz Ramadhan 
Setiap Kali Bulan Ramadhan pelajar akan diberikan soalan-soalan Yang berkaitan ibadah puasa & sejarah Islam.pelajar Yang berjaya menjawab akan diberikan hadiah d Majlis Khatam al Quran. 

5) Iktikaf & Qiamullail 
Pelajar juga digalakkan untuk beriktikaf  & berqiamullai pada Setiap hari di Bulan Ramadhan.

6) Tazkirah Nuzul Quran 
Sesi Tazkirah juga telah diadakan sempena Bulan Ramadhan yang berkat ini. Tazkirah ni disampaikan oleh Ustz Syukri b Abu Semah.

7) Program agihan Bubur Lambok
Bulan Ramadhan dimeriahkan lagi dgn Agihan Bubur Lambok kpd msyrkt sekitar. Sebanyak 300 bungkusan telah diagihkan. Program ini telah mendapat sambutan yg menggalakkan.

8) I'tikaf & Solat Dhuha 
Manafaatkan sabtu cuti hujung minggu,pelajsr putera telah beriktikaf d Masjid di Mansor Sg Lampam.








Wednesday, June 15, 2016

Borang Waakaf Maahad Al-Islah Ramadan 2016

Waqaf Pembangunan Maahad Al Islah ini bertujuan untuk menampung beberapa keperluan dalam pembangunan  insfratuktur bangunan-bangunan dan penyelenggaraan bangunan asrama di Maahad al Islah. Bersempena bulan Ramadhan al Mubarak ini Maahad al Islah memberi peluang kepada seluruh masyarakat untuk bersama berwaqaf & mengajak bersama membangunkan institusi pendidikan agama seperti Maahad Al Islah.

Maahad Al Islah yang telah beroperasi selama 28 tahun ini mempunyai bangunan-bangunan kayu yang memerlukan pembaikan & menaiktaraf bangunan yang lebih sempurna. Selain itu, sebahagian Waqaf ini juga digunakan untuk membeli keperluan dalam kelas untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Pihak Maahad Al Islah mensasarkan kutipan sebanyak RM150 ribu sepanjang bulan Ramadhan ni.  Walaupun begitu, jumlah ini  belum cukup untuk menampung keperluan Pembangunan keseluruhan. InsyaAllah program Waqaf ini akan dilancarkan daripada masa kesemasa. 

Kepada yang berminat boleh mendapatkan borang Wakaf di blog Maahad Al-Islah atau boleh terus layari http://maahad-islah.blogspot.my/



Sunday, May 29, 2016

Majlis Makan Malam Untuk Guru & Kakitangan.


20 Mei-Program tahunan ini merupakan majlis tahunan sempena menyambut ramadhan. Ia dimulakan dengan Bacaan Tahlil Arwah. Kemudian disusuli dengan ucapan pengetua Maahad al Islah Tn Hj Agus Lokman b Sulam. Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjsama & menghargai komitmen yang berterusan Mengharapkan supaya dapat mempertingkatkan keupayaan bekerja & seterusnya bersama menjulang nama Maahad al Islah.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid dari penyanyi utama kumpulan D Banna Eizat Fathi. Semua ibu-ibu diberi kejutan dengan naik ke atas pentas untuk dialunkan nasyid khas Ibu
Semua guru n kakitangan telah diberi cenderahati sempena ramadhan & juga cabutan bertuah. Majlis ini diakhiri dengan jamuan bersama-sama keluarga dengan hidangan yang istimewa.