PENGUMUMAM TERKINI

MAKLUMAN TERKINI...PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 DIBUKA

Sunday, May 29, 2016

Majlis Makan Malam Untuk Guru & Kakitangan.


20 Mei-Program tahunan ini merupakan majlis tahunan sempena menyambut ramadhan. Ia dimulakan dengan Bacaan Tahlil Arwah. Kemudian disusuli dengan ucapan pengetua Maahad al Islah Tn Hj Agus Lokman b Sulam. Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjsama & menghargai komitmen yang berterusan Mengharapkan supaya dapat mempertingkatkan keupayaan bekerja & seterusnya bersama menjulang nama Maahad al Islah.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid dari penyanyi utama kumpulan D Banna Eizat Fathi. Semua ibu-ibu diberi kejutan dengan naik ke atas pentas untuk dialunkan nasyid khas Ibu
Semua guru n kakitangan telah diberi cenderahati sempena ramadhan & juga cabutan bertuah. Majlis ini diakhiri dengan jamuan bersama-sama keluarga dengan hidangan yang istimewa.









Monday, May 9, 2016

Kem Motivasi PT3 & SPM Pada 6-8 Mei 2016.


Changkat Jering - Kem Motivasi PT3 & SPM ini telah disertai seramai 80 orang pelajar Maahad Al-Islah menerusi bimbingan Muqry Learning Motivation di bawah anjuran bersama PIBG Maahad Al Islah dan TNB Teluk Intan.Bertempat di Kem Perasa AutoCamp, Changkat Jering Taiping, perkhemahan ini telah diadakan bermula dari 6 hingga 8 Mei. Objektif kem ini diadakan supaya dapat membina jati diri Muslim dikalangan pelajar Maahad Islah serta Meningkatkan semangat untuk menghadapi peperiksaan bagi pelajar yang bakal menempuh peperiksaan. Kem ini dibawah pemantauan Cikgu Hazmi Othman merangkap PK koko Maahad Al Islah dan dibantu oleh 2 orang guru pengiring.